Sunday 24 July 2011

Tibanya Ramadhan Al-Mubarak...


               Firman Allah Taala bermaksud:
               Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa  
            sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.
                          (Surah al-Baqarah: ayat 183).

Kawan2 sempena bulan yg bakal menjelma iaitu Ramadhan yg mulia...Aku nk kongsi sikit ilmu yg aku dpt dlm satu blog yg aku rase amat berguna utk renungan kita bersama..Harap2 dgn tersebarnya ilmu ini akan bertambah la keberkatan bt kita sebagai persedian tibanya bulan mulia ini...

Korang nk taw tak apa die keistimewaan bln mulia nie..kdg2 kita bkn xtaw tp terlupa jd jom sama2 kita ingatkn kembali ye...hehhee..Antara Keistimewaannya ialah:


1. Pintu Syurga Dibuka Dan Pintu Neraka Ditutup.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2. Hanya Orang Yang Berpuasa Dapat Memasuki Pintu Syurga ar-Rayyan.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang-orang lain selain mereka tidak dibenarkan.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
3. Orang Berpuasa Bergembira Ketika Bertemu Allah Taala dan Berbuka.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
4. Bau Mulut Orang Yang Berpuasa Lebih Wangi Dari Kasturi.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya di sisi Allah daripada bauan kasturi.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
5. Diturunkan al-Quran al-Karim.
Firman Allah Taala bermaksud:
Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).
(Surah al-Baqarah: ayat 185).
6. Amalan Puasa Dinisbahkan Khusus Kepada Allah Taala.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Allah Taala berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukKu dan Akulah yang akan membalasnya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
7. Malam Lailatul Qadar.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
(Surah al-Qadr: ayat 1 hingga 5)

Hah,byk kn keistimewaan bln Ramadhan nie kwn2..Rugi sape yg xberpose kn..So, kita sbg org Islam, kne la pose jgn xpose taw...:)
SEMOGA KITA SAMA-SAMA DPT MELIPAT GANDAKAN AMALAN KITA UTK HARI AKHIRAT NANTI!!!....

No comments:

Post a Comment

Hida Qistina Banner

create your own banner at mybannermaker.com!
Copy this code to your website to display this banner!

My Anniversary Wedding..

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers